SEJARAH TINGKATAN DUA..

Wednesday, 30 November 2011

Akhirnya Pulau Pinang jatuh ke tangan British

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi
  • ·    Tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
  • ·    Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
  • ·    SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
  • ·    SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
  • ·    Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
  • ·    Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
  • ·    Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
  • ·    Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang   
          dan  engambil semula Pulau Pinang
  • ·    Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
  • ·    Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
  • ·    Sultan Abdullah tewas
  • ·    Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 
          pada 1 Mei 1791 
     
    kesan-kesan:
  •    SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
  •    Sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah

SEJARAH TINGKATAN 2 (Bab 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)

Kedudukan Pulau Pinang di dalam negeri Kedah
  • ·          Sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
  • ·     Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
  • ·     Terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
  • ·    Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di   
  •       Pulau  Pinang
Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah
a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
  • ·         Kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
  • ·    Banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
  • ·    Pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
  • ·    Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
  • ·    Banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China teh dari  
          China diperlukan oleh SHTI
  • ·    China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
  • ·    SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
  • ·    SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
  • ·    Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis
Ancaman-Ancaman di Kedah
  • ·    Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
  • ·    Pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
  • ·    Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
  • ·    Para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan    
         kedauatan   Kedah dari Bugis, Siam dan Burma.